X-EMAs Breakout Strategy ©
(Dijamin 100% Islamic)
Oleh Hj. Azriy Bin Hj. Abdullah Saghir A.M.N.

PANDUAN BUKA AKAUN ISLAMIC

Untuk berdagang forex di internet, kita perlulah memilih broker forex yang boleh dipercayai dan sesuai dengan kehendak kita. Saya memulakan dagangan forex dengan FXCM. Tetapi akhir-akhir ini, beberapa peraturan di US membuatkan saya berpindah broker yang lebih sesuai dengan kehendak saya, iaitu:
  1. Saya lebih selesa berdagang menggunakan broker yang TIDAK mengenakan SWAP atau "Swap Free" atau yang disebut sebagai Islamic Account;
  2. Saya boleh terus berdagang menggunakan MetaTrader versi InstaTrader atau SIGTrader, kerana Indikator X-EMAs boleh dipasang ke perisian ini;
  3. Indikator X-EMAs paling sesuai dipasang pada InstaTrader Instaforex atau SIGTrader Liteforex mengikut time framenya.;
  4. Berdagang menggunakan MetaTrader versi InstaTrader atau SIGTrader membolehkan saya menggunakan Hedging, meletakkan Stop Loss, meletakkan Take Profit dan Close Position bila-bila saya mahu. Kebanyakan kemudahan ini sudah dihalang melalui broker FXCM.
  5. Mudah untuk proses mendeposit wang tanpa guna kad kredit untuk tujuan keselamatan dan mudah mengeluarkan wang keuntungan.
Buat masa ini, dua broker forex yang saya guna yang memenuhi kriteria di atas ialah Instaforex dan Liteforex. Dalam panduan ini, saya akan memberikan panduan membuka akaun di Instaforex.



A - Buka Akaun Islamic Di Instaforex   
  1. Layari laman web ini  http://instaforex.com/ms/open_live_account.php?x=MXZ
  2. Baca sepenuhnya Public Offer Agreement yang dipaparkan
  3. Klik “Accept Terms of Agreement”
  4. Anda akan dibawa ke laman “Borang Pembukaan Akaun”
  5. Sila lengkapkan seperti arahan di bawah.
    • Isikan NEGERI anda bagi ruang Daerah
    • Jenis akaun - pilih “Standard”
    • Leverage – disyorkan 1:500 
    • Account Currency – Pilih USD lebih mudah berurusan bagi rakyat  Malaysia 
    • Pastikan anda pilih - Akaun Islamic.  
    • Isikan MXZ dalam ruang Kod Affiliate.



  1. Selepas anda klik “Open account”, maklumat pendaftaran anda akan dipaparkan. Anda juga akan menerima maklumat yang sama melalui emel.
  2. Simpan maklumat ini dengan baik.
B – Buka Akaun Moneybookers.com 

Salah satu perkara yang menakutkan para pedagang forex ialah bagaimana nak deposit dan keluarkan wang dari mana-mana akaun forex. Jika anda berani menggunakan kad kredit anda, anda boleh terus transfer wang ke akaun forex anda. Akan tetapi, berapa ramai daripada kita yang mempunyai kad kredit ? Dan, berapa ramai pula yang berani menggunakannya di Internet? Saya sendiri yang mempunyai kad kredit pun masih takut-takut untuk menggunakannya untuk bayaran antarabangsa melalui Internet. Satu pendekatan yang saya fikirkan selamat ialah menggunakan perkhidmatan syarikat besar yang memberi khidmat penghantaran wang antarabangsa seperti PayPal di Amerika atau Moneybookers di UKUntuk tujuan ini saya akan terangkan bagaimana menggunakan khidmat Moneybookers bagi tujuan mendeposit wang ke akaun Islamic Instaforex anda. Ini kerana  broker Instaforex terletak di Eropah.

  1. Sila layari laman web ini:  http://www.moneybookers.com/app/register.pl?rid=5854384
  1. Bahagian 1 - Lengkapkan borang pendaftaran seperti di tunjukkan
  1. Klik “NEXT” 
  1. Anda akan dimaklumkan bahawa sebuah emel telah dikirim ke alamat emel anda.
  2. Bahagian 2 - Buka emel anda dan klik pada pautan untuk verifikasi pendaftaran anda. (Pautan ini hanya sah untuk tempoh 24 jam sahaja) 
  3. Bahagian 3 – Anda dipaparkan dengan borang untuk melengkapkan maklumat peribadi anda seperti ditunjukkan.
  1. Klik “Next” 
  2. Bahagian 4 – Sahkan pendaftaran anda seperti ditunjukkan  

 


C – Mendeposit Wang ke Akaun Moneybookers.com 

Sebelum anda dapat mendepositkan wang ke akaun forex anda, anda perlulah mengisi dulu "Internet Wallet" anda iaitu akaun di Moneybookers.com. Macam berbelit-belit prosesnya kan? Tetapi percayalah dengan menggunakan khidmat Moneybookers.com, kita akan lebih yakin dalam proses penghantaran wang antarabangsa. Moneybookers.com dan PayPal di Amerika adalah dua syarikat besar yang hanya beroperasi sebagai "Internet Wallet" pengguna Internet. Malah para pengguna Internet yakin dan  percaya sepenuhnya untuk menggunakan kad kredit melalui dua syarikat ini.

Untuk mendeposit wang ke akaun Moneybookers.com anda:

  1. Sila layari laman web ini:  http://www.moneybookers.com/app/upload.pl?rid=5854384 
  2. Anda akan diminta "Login" terlebih dahulu.
  3. Masukkan email anda, password dan salin turing number.
  4. Klik "Login"
  5. Anda boleh pilih lakukan "Bank Transfer" atau guna "Credit / Debit Card"
  6. Pilih "Bank Transfer"
  7. Salin semua maklumat yang diberi.
  8. Pergi ke bank anda dan lakukan bank transfer. Transfer hanya boleh dilakukan daripada akaun bank anda sahaja. Jangan guna akaun atas nama isteri, kawan, dsb.
  9. Jika anda bercadang mendeposit US$1000 ke akaun Instaforex anda, masukkan US$1050 ke dalam akaun Moneybookers.com anda.
  10. Bank transfer mengambil masa 2 hingga 5 hari. 
  11. Jika anda pilih "Credit Card", ikut arahan skrin.

D – Mendeposit Wang ke Akaun Instaforex anda.

Setelah "Internet Wallet" anda mempunyai wang (selepas 2 - 5 hari), maka barulah anda pindahkan wang ke akaun Instaforex. Lambat sikit tak apa. Asalkan kita tak perlu guna kad kredit dan segalanya selamat!

  1. Sila layari laman web ini:  https://secure.instaforex.com/ms/deposit.aspx?x=MXZ
  2. Pilih "Payment Via Moneybookers (USD)"
  3. Masukkan:
    • Nombor akaun Instaforex;
    • Katalaluan Instaforex;
    • Jumlah yang ingin dipindahkan dari Moneybookers ke Instaforex. Jika ingin memulakan dengan US$1000, masukkan US$1030 sebab bagi setiap US$1000 yuran sebanyak l.k. US$27 dikenakan
    • Alamat e-mel yang anda guna semasa buka akaun Moneybookers (proses bayaran dari e-mel ke e-mel sebenarnya).
  4. Klik "Pratonton"
  5. Jika maklumat 3 semuanya betul, ikut arahan skrin untuk selesaikan proses mendeposit wang ke akaun forex anda. Anda hanya boleh berurusniaga selepas 48 jam.

E – Menuntut "Welcome Bonus" dari Instaforex.

Apabila anda buka satu akaun baru, anda akan diberikan "Welcome Bonus" seperti berikut:
  • Jika anda mendeposit tidak kurang dari US$ 100 – Bonus US$ 30 diberikan;
  • Jika anda mendeposit tidak kurang dari US$ 800 – Bonus US$ 200 diberikan;
  • Jika anda mendeposit tidak kurang dari US$ 5000 – Bonus US$ 1000 diberikan;
  • Jika anda mendeposit tidak kurang dari US$ 50000 – Bonus US$ 5000 diberikan;
Untuk menuntut "Welcome Bonus" ini, sila layari laman web http://instaforex.com/get_bonus.php?x=MXZ

Perlu diingat bahawa bermula daripada proses mendaftar akaun Instaforex sehingga boleh melakukan urusniaga, anda perlukan hampir 1 minggu. Oleh yang demikian, rancanglah bila tarikh anda ingin memulakan urusniaga.  Bagi saya, saya telah memilih 8 pagi, 8 haribulan 8, tahun 2008. Saya mendaftar dan memasukkan wang pada bulan Julai 2008.

Salam kejayaan dari saya.


© 2009 X-EMAS Breakout Strategy